Alhamdulillah, semalam genap usia Che Kak 47 tahun.
Syukur kepada Allah atas segala kurniaan dan rezeki-Nya yang tak terhitung selama ini.
Banyak nikmat yang diberikan namun tidak terlepas daripada ujian hidup. Semuanya tetap ada hikmah.
Semakin meningkat usia, Che Kak memilih untuk tenang bukan menang.
Tenang bersama suami tercinta. Menyaksikan anak-anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia dan akhirat adalah doa dan harapan Che Kak yang paling besar.
Che Kak sayang dengan pekerjaan ini dan tidak sabar menantikan masa pencen.
Harap dapat menjaga ma dengan sepenuh kemampuan kerana masih belum mampu membalas segala jasa dan pengorbanannya. Semoga ma sentiasa bersyukur dan hidup dengan tenang.
Che Kak juga memilih untuk menjauhkan diri daripada orang yang tidak menghargai kita.
Jangan sedih kerana mental kita lebih penting. Jauhkan diri hati pun akan lebih tenang.
Kawan tidak perlu ramai, cukup kawan yang menerima kekurangan dan kelebihan kita.
Kerja kerana Allah, jagalah dengan baik.
Tenang itu nikmat dan syukur itu kekuatan.
Terima kasih atas ucapan dan hadiah sebagai tanda ingatan. ❤️


Comments
Post a Comment