Benarkah Surah Al-Waqi‘ah “memurahkan rezeki”?

Kita sering mendengar nasihat, “Kalau nak murah rezeki, rajinlah baca Surah Al-Waqi‘ah.”


Persoalannya, adakah dakwaan ini benar dan apakah sandarannya?


Terdapat satu riwayat yang sering disebut:


“Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi‘ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kefakiran.”


Namun perlu difahami bahawa majoriti ulama menilai hadis ini sebagai dha‘if (lemah).


Namun begitu, ramai ulama' membenarkan beramal dengan hadis lemah dalam bab fadhail al-a‘mal (kelebihan amalan), selagi tidak melibatkan penetapan hukum halal haram.


Inilah sebab amalan membaca Surah Al-Waqi‘ah tersebar luas dalam tradisi umat Islam.



Mengapa Surah Al-Waqi‘ah dikaitkan dengan rezeki?


Surah ini bukan menjanjikan kekayaan tetapi mendidik cara berfikir tentang rezeki.


▪️ Hidup, mati dan rezeki semuanya di bawah kuasa Allah


▪️ Manusia diajar tidak bergantung pada dunia semata-mata


▪️ Menanam tawakal, syukur dan kesedaran akhirat


Sikap inilah yang sebenarnya menarik keberkatan rezeki bukan bacaan kosong tanpa penghayatan.


Penting untuk difahami bahawa membaca Surah Al-Waqi‘ah bukan jaminan terus menjadi kaya.


Ia bukan pengganti usaha, kerja keras dan doa.


Ia hanyalah asbab keberkatan yang perlu digabungkan dengan usaha, halal, doa, sedekah dan tawakal.


Ringkasan tafsir Surah Al-Waqi‘ah


▪️ Surah ke-56 dalam al-Quran

▪️ Bermaksud Peristiwa yang tidak dapat dielakkan (Hari Kiamat)


▪️ Manusia dibahagi kepada tiga golongan: 

1️⃣ Golongan paling dekat dengan Allah

2️⃣ Golongan kanan (orang beriman)

3️⃣ Golongan kiri (orang ingkar)


Surah ini mengingatkan bahawa dunia ini sementara. Akhirat tempat kembali.


Rezeki sebenar ialah keredaan Allah.


Kesimpulan

Bacalah Surah Al-Waqi‘ah

📖 Dengan iman

📖 Dengan faham

📖 Dengan amal


Bukan untuk mengejar dunia semata-mata tetapi untuk membetulkan hubungan kita dengan Allah.

Comments