Hari Rabu lepas che kak berkesempatan join majlis dinner yang dianjurkan oleh Kelab PKMJ KB.
Terima kasih daun keladi buat suami. Sebab bagi keizinan walaupun hujung-hujungnya asyik kena perli.
Bini tak nak makan lauk ikan sardin suami masak maunya tak kena perli.
Hehehe.
Tema hitam dan silver berkelip-kelip menyinari.
Che kak macam biasa jubah hitam dan tudung labuh silver beli di Mydin itu hari.
Tak la beria sangat tapi masih ikut tema yang diberi.
Takde acara nyanyi sebab hotel takde lesen hiburan dan ganti dengan acara lakonan bisu ikut kumpulan yang diberi.
So far tetap meriah walaupun diselit dengan majlis perpisahan tiga orang rakan kami.
Majlis tak boring kerana Puan Ima sangat pandai handle majlis santai sebegini.
Paling penting kenyang makan dan dapat berselfie.
Hadiah pun banyak dan pelbagai anugerah yang diberi.
Dapat bawa balik hadiah tuala dan pop corn botol besar sekali.
Macam biasa lalu depan kubur jam 12.00 tengah malam sambil insaf kan diri.
Kenapa perlu takut sebab itu juga rumah kita suatu hari nanti.
Sampai rumah terus mandi dan solat serta cium pipi suami. Nak test dah tidur ke belum sebab takut kena marah sebab tak solat awal waktu tadi.

Comments
Post a Comment