Kenapa Perlu Hadir Mesyuarat Agong PIBG

Dalam keadaan berbelah bagi dan rasa malas melingkari, namun hati terketuk dengan soalan si bongsu berulang kali, sape pergi nanti? 


Umi atau abi?


Rasa tak sampai hati nak melukakan hati anak sendiri. 


Abi ada kursus yang perlu hadir kerana itu tugas hakiki.


Terus isi kebenaran keluar pejabat dalam hrmis dan telah dapat kebenaran dari En Rosly. 


Sebelum itu, kemaskini laporan ABT kerana itu kerja hakiki. Berpinar mata melihat laporan excell di pc. 


Selesai makan nasi kandar Suriani dan solat zohor baru rasa tenang hati. 


Semasa sampai di sekolah lagu Negaraku tengah berkumandang dan terus tegak berdiri. 


Lagu yang perlu dihormati oleh semua rakyat tanpa kompromi.


Mendengar ucapan dari Pengerusi PIBG, Guru Besar dan pegawai JPN sebagai perasmi.



Dapat dengar suara dengan jelas walaupun di dalam dewan yang besar kerana sistem PA yang digunakan sangat berkualiti tinggi.


Sebelum itu ada persembahan dari murid dan bacaan doa untuk majlis diberkati. 


Che kak lebih suka dengar ucapan tanpa skrip kerana lagi mudah difahami. 


Sebenarnya che kak tidak gemar mendengar kenyataan bahawa penyertaan bapa kurang sekali.


Mungkin si bapa hadir mesyuarat sekolah anak yang lain manakala si ibu di sini.


Atau si bapa masih gigih mencari rezeki demi bayar yuran PIBG.


Atau si bapa orang penting yang tak boleh bercuti sesuka hati.


Barangkali ada murid yang bapanya dah lama meninggalkan dunia ini.


Seterusnya, agenda pembentangan laporan kewangan dan aktiviti. Diteruskan dengan pembubaran dan perlantikan baru demi kesinambungan PIBG. 


Ada ibubapa telah kemukakan usul dan baru che kak tahu, perlu hadir sebagai syarat jawapan diberi. 


Ada juga wakil bapa kemukakan usul dan cadangan namun haruslah terima jawapan PIBG dengan lapang hati.


Bukan semua usul perlu dilayani kerana kita harus berpijak pada realiti.


Eh rasa annoying pula dengan wakil bapa yang panjangkan isu walaupun jawapan dah diberi.


Alang-alang nak tulis ni, che kak nak pesan tolonglah jangan drop anak depan pintu pagar dan nak salam cium pipi.


Peringatan mesra diberi supaya ibubapa alert dengan keselamatan anak sendiri. 


Che kak pandang depan belakang kanan dan kiri. Ramainya cikgu sedang memerhati.


Malu pula rasa nak bangun dari kerusi. Niatnya nak join sekejap sahaja mesyuarat ini.


Akhirnya kematukan diri tak gerak geri. Takpelah alang-alang hrmis dah isi, kenalah jujur dengan diri sendiri.


Dah hampir penghujung waktu tiba-tiba nombor 340 disebut berulang kali.


Allahu rabbi. Dapat hadiah beg tarik boleh bawa pergi kursus nanti.


Terima kasih daun keladi kepada penyumbang hadiah-hadiah ini.


Sekian cerita petang semalam dan baru dapat tulis hari ini.


Sekadar untuk kenangan Awaatif si bongsu kami.



Comments