Hari ini che kak ambil cuti rehat untuk buat pemeriksaan gigi di klinik pergigian.
Che kak pilih klinik di Meranti sebab temujanji melalui MySejahtera di situ yang paling awal.
Lagipun, teringin juga nak singgah tengok tempat jatuh bangun che kak bekerja di Pasir Mas suatu ketika dulu.
Tapi jangan salah faham, sekadar nak rai kenangan sahaja, bukan bermaksud nak kembali bertugas pula. 😊
Setakat ini, che kak sangat kagum dan teruja dengan perkhidmatan yang diberikan di klinik pergigian tersebut.
Walaupun kos rawatan murah (che kak guna GL – free), tapi kualiti perkhidmatannya sangat memuaskan.
Doktornya pula sangat baik dan mesra 👍
Antara yang dibuat:
Pemeriksaan gigi dan gusi.
Konsultasi masalah seperti sakit gigi, ngilu, karang gigi dan penjagaan gigi yang betul.
Nasihat rawatan seperti scaling.
Tempoh pemeriksaan lebih kurang 15–30 minit.
Kos bergantung kepada rawatan, tetapi pemeriksaan asas memang berpatutan. Rawatan tambahan akan dikenakan caj berasingan.
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Klinik Pergigian Meranti atas layanan yang sangat baik, mesra dan profesional.
Terima kasih juga kepada doktor dan staf yang sentiasa memberi penerangan jelas serta membuatkan che kak rasa selesa sepanjang rawatan.
Semoga terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. 🌸
Selesai rawatan, che kak dan kawan singgah pula ke pasar pagi.
Bila membeli dalam keadaan perut lapar, memang mengundang mata dan jari asyik nak tunjuk, terutama sekali bila jumpa makanan 😆

Comments
Post a Comment