Ni gambar lama. Tapi tetap cerita yang sama.
Berulang kisah masyarakat walaupun dunia sudah tua.
Kadang-kadang terfikir juga. Nak siapkan satu fail kes ni ambil masa lama mana.
Dari mula permohonan diterima. Semak dan susun dokumen mengikut garis panduan yang ada.
Dimasukkan dalam sampul kecil dan dikandung guna tali hijau sejak dulu kala.
Sekali sekala nak juga merasa guna fail dan tali warna pink atau merah menyala.
Sekali sekala nak juga guna pen warna indigo, rich brown, lilac dan merah muda.
Tapi jangan nak memandai-mandai syok sendiri macam fail pejabat sendiri punya.
Ada sebab kenapa Arkib Negara keluarkan garis panduan pengurusan fail untuk semua jabatan kerajaan mahupun gunasama.
Selepas itu, jalankan temubual untuk dapatkan maklumat dan permasalahan di samping catat dalam borang supaya tidak lupa.
Tak payah la nak sibuk-sibuk bagi tazkirah dan ceramah kerana orang nak bantuan kewangan sahaja.
Kalau perlu kaunseling rujuk sahaja kepada pakar kerana JPA telah sediakan perjawatan pegawai psikologi dan kaunseling di seluruh negara.
Dah selesai temubual dan catat maklumat yang ada.
Oleh sebab berjiwa pekerja sosial maka tak pergi lawatan ke rumah tak lengkap rasanya.
Melihat sendiri klien dengan mata dan nilai dengan hati yang ada timbang rasa.
Kadang kala ada rasa geram dan nak marah tapi ditelan aja sebab nanti takde orang back up kita.
Buka sistem dan taip segala mak nenek maklumat dan cerita.
Tak payah la nak tulis macam cerpen berjela-jela.
Asalkan laporan lengkap dan justifikasi pengesyoran tidak memeningkan pelulus punya kuasa.
Lepas tu diserahkan kepada unit pentadbiran untuk dibuka fail baru dan surat keputusan dihantar juga.
Selain guna pos, tak boleh ke hantar surat melalui email sahaja?
Setiap awal bulan sedia, semak dan sah penyata.
Penyata bayaran di semak terlebih dahulu bagi mengelakkan ABT berganda.
Terlebih bayar pada si mati kena sediakan surat tuntutan dan peringatan satu dua tiga pula.
Sebab tu waris kena maklum kepada pejabat sekiranya ada kematian si penerima.
Selagi belum masuk akaun selagi itulah bunyi telefon dan penuh di kaunter untuk bertanya.
Walhal dah bagitahu tempoh masa sehingga bila.
Tiga bulan sebelum tamat tempoh bantuan, kena kajisemula pula.
Ada perubahan sosio ekonomi atau dah selesa dengan pendapatan sedia ada.
Kadang kala rasa dilema juga. Ada bapa lebih suka beli rokok dan tidur siang hari sepanjang masa.
Anak-anak perlukan duit belanja.
Kesusahan keluarga tidak perlu diwarisi anak-anak kerana mereka adalah permata.
Permata perlu digilap dengan usaha juga.
Dilema juga melihat orang tua yang termenung di jendela.
Ada anak yang berkerjaya. Tapi jarang hantar duit belanja.
Ada pesakit yang terlantar minum susu guna tiub dan mahal juga harganya.
Sesungguhnya kita tak perlu jadi seperti mereka untuk rasa penderitaan mereka.
Eh berapa sebenarnya tempoh masa nak siapkan fail kes sebelum di simpan dalam bilik fail oleh PAR kita.
Setakat siasat 14 kes setahun jangan ngadu sibuk nanti che kak stalar atas dahi sebab handle kes penderaan lagi la buat tak tidur lena.

Comments
Post a Comment