Hari ini, warga Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu (PKMJ KB) telah menerima kunjungan dan lawatan sempena Program Ramah Mesra bersama Tuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.
Sesi ini amat bermakna buat kami memandangkan Tuan Pengarah sebelum ini pernah berkhidmat di JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Melalui perjumpaan ini, kami berpeluang mengenali dengan lebih dekat hala tuju serta kehendak beliau dalam pentadbiran dan pengurusan JKM di Negeri Kelantan.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz kami bagi memohon keberkatan dan kelancaran sepanjang program berlangsung.
Seterusnya, Puan PKMJ Kota Bharu telah menyampaikan taklimat berkaitan fungsi serta tugasan setiap bahagian di pejabat ini.
Program diteruskan dengan sesi amanat oleh Tuan Pengarah, di mana beliau menyampaikan harapan dan penekanan terhadap peranan PKMJ Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan yang menjadi nadi serta kayu ukur prestasi JKM di negeri ini.
Pelbagai harapan telah disuarakan kepada seluruh warga kerja PKMJ KB demi memperkukuhkan perkhidmatan kepada masyarakat.
Antara amanat yang paling menarik perhatian ialah penekanan terhadap prinsip mempermudahkan urusan klien.
Menurut beliau, setiap kebaikan yang dilakukan kepada klien akan dibalas oleh Allah SWT dengan kemudahan urusan hidup serta kemurahan rezeki.
Kami turut dikejutkan dengan kehadiran Abbe Hae, seorang kenalan lama Tuan Pengarah.
Abbe Hae turut memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat untuk melihat hasil gerak kerja kami, memandangkan beliau aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di Kuala Lumpur.
(Cuma sempat terfikir, lupa pula hendak bertanya tentang scrub Abbe Hae 😊).
Program diteruskan dengan lawatan Tuan Pengarah ke rumah pesakit terlantar serta perjumpaan bersama wakil NGO dan para sukarelawan.






Comments
Post a Comment