Ada Apa Pada Bekerja Di Rumah

BDR telah pun bermula hari ini. Rasa macam diperhati cctv.


Sekali sekala dah terasa macam kena perintah berkurung kali ini.


Terasa kekok, sunyi dan sepi. Sesekali dengar orang bekerja di belakang rumah sebab ada kandang biri-biri.


Tiada manusia untuk berinteraksi.


Berpuluh tahun terbiasa dengan mindset pulang ke rumah, tinggalkan kerja hakiki.


Hari ini kena bekerja tanpa bekal sarapan roti canai dan kopi bancuh sendiri. 


Nak tidur pun risau takut ada panggilan telefon dan nanti jawab dengan suara serak-serak macam terlekat roti. 


Kerjaku kemaskini rekod ABT. 


Ingat matlamat dan tujuan kenapa kita perlu BDR dan jangan sesekali mengular di PKT. (Contoh je ni)


BDR memang perlukan disiplin tanpa jejas produktiviti kerana kita bukan bercuti.


Tepek sini untuk kenangan masa pencen nanti.


Disclaimer: Ini hanyalah perkongsian peribadi.




Comments