Intipati Tazkirah Kerja Satu Ibadah

Hari ini (6.4.2026) kami berkesempatan mendengar tazkirah dan che kak taip semula intipati yang sempat che kak catat. 


Tazkirah: Kerja Satu Ibadah

Oleh Al-Fadhil Ustaz Mokhtar bin Yaacob


Kerja bukan sekadar mencari rezeki, tetapi adalah satu ibadah jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul.


Kita perlu jaga:


Solat. Sia-sia amalan lain kalau tak solat.


Amanah. 


Tanggungjawab. 


Tanya diri kita. 

Kita yang minta kerja atau kerja yang minta kita?


Maka sebab itu, kita kena buat kerja dengan sebaiknya.


Kenapa sebelum disahkan jawatan, kerja penuh komitmen. Selepas disahkan, mula berubah nawaitu dan kurang bersungguh.


Selain itu, kes pecah amanah semakin meningkat, melibatkan lelaki dan juga wanita. Kebanyakannya berpunca daripada

gaya hidup melebihi pendapatan.


Tanda Rezeki Berkat:


1) Dekat dengan Allah

Rezeki yang berkat akan mendekatkan kita kepada Allah. 


Adakah kita semakin hampir dengan Allah atau sebaliknya?


Adakah pengalaman kerja membawa kita kepada kebaikan?  


Selain itu adakah pakaian yang dibeli dari sumber rezeki kita, semakin menutup aurat atau mendedahkan aurat. 


Allah bagi rezeki pada kita dan adakah kita melanggar hukum Allah?


Contoh:

Elakkan berkongsi masalah peribadi / keluarga antara lelaki dan perempuan.


Sebelum tidur, fikir doh “Esok aku nak solat berjemaah di mana?”


2) Mudah Bersedekah

Hati ringan untuk memberi, walaupun sedikit.


3) Mudah Bersyukur

Sentiasa rasa cukup dengan apa yang ada.


Kerja di jabatan kebajikan bukan sekadar memberi bantuan kewangan, tetapi turut

memberi ketenangan jiwa kepada orang lain.


Orang datang meminta bantuan kerana kesusahan hidup, maka layanan kita juga satu bentuk ibadah.


4) Sakinah wal Sa’adah 

Rezeki berkat melahirkan keluarga yang bahagia.

Memberi kesan kepada generasi anak-anak hari ini.


Kesimpulan, Allah memberi rezeki kepada kita, tetapi jangan sampai kita melanggar hukumNya.


Jadikan kerja sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukan menjauhkan.



Comments