Majlis Perpisahan En Roslan dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PKMJ Kota Bharu

Hari ini berlangsungnya majlis perpisahan sempena hari terakhir buat En. Roslan.


Sesungguhnya setiap pertemuan dan perpisahan itu pasti ada hikmah yang telah Allah tetapkan.


Kami menerima takdir ini dengan penuh reda dan lapang dada demi jabatan.


Beliau seorang yang sangat disenangi rakan taulan. 


Sentiasa menghormati pegawai atasan serta komited dalam setiap tugasan.


Keikhlasan, ketekunan dan amanah yang ditunjukkan sepanjang berkhidmat menjadi contoh tauladan.


Majlis pastinya tidak lengkap tanpa jamuan. 


Hidangan yang tersedia memenuhi meja, ditambah pula dengan suasana Aidilfitri yang masih terasa kerana raya kan sebulan.


Juadah hasil sumbangan bersama yang mencerminkan semangat kekitaan.


Aneka juadah raya yang disediakan termasuk buah-buahan semuanya cukup menyelerakan.


Kemeriahan bertambah dengan acara permainan dan hadiahnya adalah duit raya yang menjadi rebutan.


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua rakan yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini, walaupun sederhana namun tetap terasa kemeriahan.


Kami juga amat berbesar hati dengan kehadiran Puan Timbalan Pengarah JKMN Kelantan.


Tak lupa juga dengan kehadiran mantan-mantan. Yang tak dapat hadir pasti ada sebab dan kekangan.


Semoga segala kenangan yang tercipta hari ini akan terus terpahat dalam ingatan.


Selamat maju jaya buat En. Roslan. Insya Allah kami akan sentiasa kenang jasa dan bakti tuan.






Comments