Apa Yang Kita Faham Tentang MS ISO

Semalam baru je tarik handbrake siapkan laporan untuk dibentangkan dalam mesyuarat MKSP berkaitan ISO. 


Memang muntah hijau juga nak siapkan 🤢


Tambahan pula tahun ni dah masuk tahun kedua. Syukur sangat sempat juga menuntut ilmu dengan sifu, boss Fiqah.


Kalau nak diingat semula, perjalanan che kak dengan ISO ni memang bermula dengan satu perasaan blur.


ISO ni sebenarnya kali pertama che kak dengar masa En. Zuhami soal staf baru, Che Ina.


Masa tu, che kak memang blur. Nak tanya pun tak tahu nak tanya apa.


Dalam hati terfikir, “ISO tu benda apa sebenarnya?”


Buat kerja pula ikut cara turun-temurun warisan dari orang lama. Kita yang baru ni, takkanlah nak query cara orang lama buat kerja, kan?


Kali kedua dengar pasal ISO bila En. Zulkamal tegur staf tentang borang-borang sedia ada yang dah tak boleh guna. Katanya sebab ISO baru.


Ada staf yang bantah kata guna je dulu sampai habis, takut membazir. Tapi En. Zul kata tak boleh.


Walaupun borang masih banyak, tetap tak boleh guna bila ISO baru dah di endorse.


Che kak dengar je perbualan tu. Dalam kepala masih penuh tanda tanya.


Tapi En. Zul tetap tegas "tak boleh guna!"


Pelik betul. Setakat borang je pun.😳


Sampailah masa audit dalaman. Dulu juruaudit datang dari negeri lain.


Bila ada teguran berkaitan borang dan arahan kerja yang tak patuh ISO, En. Zul kata, “itulah, dah cakap tak nak dengar.”


Dari situ baru nampak kesannya. Apa yang kita rasa boleh lagi guna, sebenarnya dah tak patuh.



Kemudian, bila che kak pindah ke Pasir Mas, tiba-tiba dilantik pula jadi QMR.


QMR apa maksud che kak dah lupa😅. 


Maka bermulalah fasa betul-betul belajar dan fokus. Syukur sangat masa tu digandingkan dengan Abe Loh sebagai DC. Bila dah pegang tanggungjawab, automatik wajib kena faham 😆


Rupanya ISO ni bukan nak menyusahkan. Tujuannya nak pastikan cara kerja kita tersusun, konsisten dan boleh dipertanggungjawabkan.


Apabila dari awal kita ikut SOP dan kehendak ISO, kuranglah masalah, penemuan dan teguran masa audit sama ada major atau minor.


Sekarang ni QMR tu dah dimelayukan Penyelaras Kawalan Standard Jajahan dan singkatannya PKSJ. Sekarang ni rasa macam nak serah surat letak jawatan😅

Comments