Beramanahkah Anak Cucu Apabila Tolong Ambil Duit Bantuan

Apabila melawat penerima bantuan dalam kalangan warga emas, kami sering bertanya siapa yang membantu mereka mengeluarkan wang bantuan.


Apabila diberitahu bahawa anak cucu yang mengambilkannya dan menyerahkan semula dengan jumlah penuh seperti kadar bantuan, hati kami benar-benar rasa lega.


Sukar sebenarnya untuk menemui anak cucu yang begitu jujur dan amanah.


Janganlah kita mengambil kesempatan atas kesempitan orang tua yang sudah tiada daya.


Namun begitu, ada juga warga emas yang memahami keadaan. Mereka tetap memberi sedikit imbuhan sebagai tanda terima kasih contohnya untuk mengisi minyak motor bagi urusan ke bank.


Hakikatnya, jika mereka pergi sendiri, kos tambang prebet sapu juga boleh mencecah puluhan ringgit.



#gambarhiasan

Comments