Happy Aniversary

Hari ini genap 23 tahun ulang tahun perkahwinan kami.


Dari berat 44 kg… alhamdulillah tak sampai 84 kg 😄


Dulu, sentiasa solat hajat dan istikharah dalam mencari jodoh. Siap doa nak pasangan chinese look, tinggi, solat, tak merokok. Tapi sebab malu nak minta banyak-banyak dengan Allah… dapat yang “rock” sikit pun jadilah 😊



Hakikatnya solat hajat dan solat istikharah memang amalan terbaik yang patut kita amalkan.


Solat hajat bila kita ada keperluan dan mohon dipermudahkan urusan.


Solat Istikharah pula untuk minta petunjuk bila perlu buat keputusan besar bukan sekadar tunggu mimpi, tapi lihat juga pada ketenangan hati dan bagaimana urusan dipermudahkan.


Amalan ini bukan waktu susah saja. Lagi baik dijadikan rutin dan buat dengan hati yang tenang dan ikhlas. 


Doa dengan jelas dan spesifik dan teruskan usaha, tawakal dan ikhtiar.


Sekarang, cukuplah nak hidup tenang-tenang dalam meniti usia menuju persaraan.


Anak-anak pun dah makin membesar, pandai-pandailah bawa diri dan atur hidup sendiri.


Kami pun dah tak mahu layan drama orang. Cukuplah bahagia dalam ruang kami sendiri. Tak berbaloi bergaduh dengan jodoh kita kerana orang lain.


Dalam hubungan suami isteri, jagalah kepercayaan masing-masing. Rai persamaan hormati perbezaan.


Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki yang luas serta diberkati oleh Allah.

Comments