Kiri kanan, depan belakang pejabat penuh dengan kedai jual nasi ayam gepuk.
Banyak juga kedai hipster, tapi bila fikir nak keluar jauh masa lunch, terus rasa malas nak drive.
Menu pun lebih kurang sama ayam goreng, sambal lada dengan kacang gajus yang ditumbuk lumat. Ada timun dan kobis mentah sebagai peneman.
Ayam paha tu wajib. Kalau dapat isi dada, memang boleh spoil mood.
Ada juga kedai yang tambah pilihan ikan macam talapia atau keli. Kicap pun mesti ada.
Menu nampak sama, tapi tiap kedai mesti ada sentuhan rasa yang berbeza. Ada yang sambal dia power, ada yang ayam dia juicy. Secukup rasa.
Che kak bukanlah peminat pedas, tapi bolehlah rasa sikit-sikit di hujung lidah.
Kadang-kadang rasa macam jadi student universiti semula sebab kedai penuh dengan budak kolej.
Sekali-sekala singgah ke cafe Lotus. Walaupun banyak pilihan, tapi end up order benda sama juga.
Ada masa beli makanan konon RM3, tapi tak pernah pun betul-betul jadi tiga ringgit.
Sekali-sekala makan di kedai mamak, tapi kadang-kadang boleh tepuk dahi. Minta lain, dapat lain. Hentam sajalah, janji kenyang.
Tapi tetap pergi juga sebab dia ada vibe dia sendiri.
Tosai dan capati memang kegemaran. Hehe. Kalau ke kedai mamak, dua inilah yang selalu jadi pilihan. Panas-panas, dicicah dengan kuah dhal atau kari. Ringkas tapi cukup memuaskan. Tambah pula dengan segelas nescafe panas memang lengkap.
Baru setahun lebih bekerja di KB. Masih panjang perjalanan lagi. Lama-lama boleh jadi nipis perut dibuatnya.🤪
Saja tulis cerita santai-santai, buat simpanan memori untuk hari nanti.
Tapi honestly, benda macam ni lah yang nanti jadi kenangan. Bukan yang grand pun just lunch biasa, ayam gepuk, sanggup berjalan panas tengah hari dan rasa malas nak drive.

Comments
Post a Comment