Cerpen Rumah Tua Di Hujung Dusun
Che kak belanja cerpen bab 1. Nak baca selanjutnya boleh copy link di bawah.
Bab 1: Harum Kenangan Durian
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, media sosial dipenuhi dengan pelbagai cerita tentang durian yang dijual pada harga jauh lebih murah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Namun begitu, Serina masih belum berpeluang menikmati raja buah itu. Walaupun harganya kini lebih mampu milik, baki gajinya hanya cukup untuk menampung keperluan asas sehingga hari gaji berikutnya tiba.
Setiap kali melihat gambar-gambar durian yang dimuat naik oleh orang ramai, fikirannya pasti melayang ke zaman kanak-kanak.
Ketika itu, setiap kali cuti penggal persekolahan menjelang, Serina akan pulang ke kampung neneknya, Besah. Nenek Besah tinggal bersama ibunya yang dipanggil Tok We oleh seluruh keluarga.
Kenangan makan durian di rumah Nenek Besah masih segar dalam ingatannya. Walaupun hanya mempunyai dua batang pokok durian, hasilnya cukup banyak sehingga semua cucu dapat menikmati buah itu sepuas-puasnya. Nenek Besah pula tidak pernah lupa menyimpan durian yang gugur untuk cucu-cucunya yang datang bercuti.
Bagi Serina, durian dari kebun neneknya jauh lebih sedap daripada durian yang dijual di bandar. Namun semua itu kini hanya tinggal kenangan. Sejak pemergian Nenek Besah, diikuti Tok We, Serina tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke kampung tersebut.
https://myebook.com.my/books/e7c65354-27a9-403b-b1a4-6088e336c0d8


0 Comments