Perut Kenyang, Hati Riang

Perut Kenyang, Hati Riang – Coretan 2 Syawal 1443H (3.5.2022)


Pagi-pagi lagi, suami ajak keluar beraya ke rumah che (neneknya) di Pasir Mas. Rindu benar katanya. Nak pergi semalam, tapi tak sanggup nak hadap jem raya. Jadi kami keluar awal pagi, lalu ikut jalan kampung alhamdulillah, lega sikit sebab dapat elak jem.


Sampai je di rumah che, terus che kata Ayoh Ngoh masak ikan aya gulai kuning. Fuyyooo! Terus terbayang kesedapan dan kelazatan gulai tu. Che kak memang pernah merasa air tangan Ayoh Ngoh sebelum ni, memang tak boleh lepaskan peluang. Dan ya, gulai tu memang sedap bak hang!


Ziarah dan Kenangan

Lepas kenyang menjamu selera, kami sambung beraya ke rumah mak sedara suami. Mak sedara kesayangan yang banyak berjasa masa che kak duduk di Pasir Mas dulu. Rasa syukur masih berkesempatan bertemu dan beraya bersama insan-insan istimewa.

Seterusnya, kami ke rumah adik bongsu di Tumpat. Haa yang ni, jem betul! Tapi tak apa, redah juga sebab dah lama tak berkumpul. Kat situ pula, che kak dijamu dengan sup kaki dan urat keting. Kenyang oii 😋.


Sayangnya, tak sempat nak ber-OOTD dengan adik-beradik. Kali terakhir bergambar ramai-ramai pun masa masing-masing slim melim. Sekarang? Berat mata memandang, berat lagi nak cari angle! 🥱


Rasa Keluarga, Walau Tiada Talian Darah

Perjalanan diteruskan ke rumah keluarga biras di Kota Bharu. Di sana, dihidangkan pula dengan nasi dagang. Alhamdulillah, walaupun tiada talian darah, rasa macam keluarga sendiri. Seronok berbual-bual dengan ma Che Wan peramah, tak sombong dan sangat suka meraikan tetamu. Hati pun jadi tenang.


Bila dah kenyang makan, kenyang jem pula masa nak balik 🤪. Raya kan... sabar je lah.


Penutup Hari Raya

Sampai rumah, adik suami pula datang bertandang. Mujur ada mainan dari kedai Eco dapatlah anak-anak saudara main puas-puas.


Lepas solat Maghrib, suami masuk dapur dan masak mi kuah. Yummyyy! Dah sebulan dia tak masak sebab sibuk dengan aktiviti masjid sepanjang Ramadan. Memang nikmat bila suami turun dapur balik.


Perut pun dah mula sebu sebab makan macam-macam. Minum la dulu aloe vera buat lega. Tapi kan… hadoii raya sebulan ni, nampak gaya alat timbang ke kanan mendadak la wei! 🤪


Hari raya bukan sekadar tentang baju baru dan makanan sedap. Ia tentang kasih sayang, kunjungan, kenangan dan rasa syukur. Walaupun penat dan kadang jem sana sini, tapi kenangan macam ni lah yang kita simpan sampai tua.





Comments