Dua hari berbengkel di SUK bersama team juruaudit, PKSJ dan DC.
Alhamdulillah banyak perkongsian ilmu dari puan PKMJ PP.
Namun bersyukur kerana tahun lepas sempat juga belajar secara peribadi.
Bukan mudah nak menggalas tanggungjawab yang telah diberi.
Nampak comel dan senyum saat urusetia klik kamera telefon masa tengah buat aktiviti.
Walhal macam dah nak terkeluar biji mata tengok di layar dan penceramah yang tegas sekali.
Berkerut dahi dan muncung mulut serta mata tak berkedip tanda fokus kerana otak dah berkarat lama tak mengaji.
Tak pandai juga tak tahu la lagi kali ini. Ilmu tanpa amal akan hilang ditelan bumi.
Bengkel Pemerkasaan Pasukan Juruaudit Dalaman MS ISO 9001 : 2015 Siri 2/2025 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.
Tempat : Dewan Seminar MABNA-MBI, Kompleks Kota Darul Naim Kota Bharu Kelantan.
Tarikh : 28 - 29 Mei 2025.
Comments
Post a Comment