Bayar Sewa Tahunan Blog – Cerita Sebuah Legasi Kecil


Hari ni Che Kak baru bayar “sewa tahunan” blog hasliza.net – cuma RM70 sahaja.


Memang ada platform blog yang percuma, tapi puas hati bila blog ada domain sendiri, bukan sekadar blogspot.com. Ada la rasa macam rumah sendiri, walaupun kecik dan comel je blog ni.


Dulu ada hajat nak beli domain hasliza.com, tapi bila tengok harga – fuhhh! Rupanya termasuk dalam kategori domain premium. Takpelah, insya-Allah satu hari nanti kalau ada rezeki.


Dah 11 Tahun Menulis – Rasa Syok Sendiri Pun Ada


Pejam celik, rupanya dah 11 tahun Che Kak menulis blog. Kadang-kadang bila baca balik entri lama, rasa nak sorok muka dalam bantal. Apa benda la yang Che Kak tulis dulu-dulu. 🫣


Nak delete sayang. Jadi biarlah blog ni terus ada. Macam rumah pusaka yang belum tentu ada waris tapi tetap kita jaga.


Che Kak tak pasti nak hibahkan blog ni pada siapa nanti. Bukan suruh sambung menulis pun. Cukup tolong bayar sewa domain setiap tahun, supaya tak lenyap begitu saja. 🥲


Menulis Untuk Memori, Bukan Populariti


Blog ini hanyalah diari terbuka. Che Kak menulis untuk simpan memori, bukan untuk jadi popular. Alhamdulillah, suami pun tak pernah halang. Selagi tak menjatuhkan maruah dan aib, beliau okay saja.


Cuma kalau dia rasa tak sesuai untuk tatapan umum, memang dia akan suruh padam terus. 😅


Menulis Guna Telefon Sahaja.


Ramai yang tanya, bila masa Che Kak menaip?


Jawapannya: Tak perlu laptop. Tak perlu meja. Tak perlu kerusi.


Cukup dengan telefon dan aplikasi ColorNote. Kadang-kadang sambil baring atas lengan Arman Rider pun boleh menulis. 😆

Akhir Kata


Bak kata Brodein:


“Biarlah, ikut dia lah… peseng dio doh suko nnulih.”


Jadi Che Kak tulis je la. Mana tahu suatu hari nanti blog ini jadi penawar rindu buat anak-anak.








Comments