Hari ini (10.6.2025): Cuti untuk satu detik bermakna
Hari ini ambil cuti, bukan untuk berehat, tapi untuk memberi sokongan sepenuh hati kepada anakanda yang melangkah masuk ke tingkatan 6. Sejak dulu lagi, minatnya pada Pengajian Am dan Sejarah sangat mendalam. Kami sebagai ibubapa, tidak pernah jemu menyokong — asalkan dia nok ngaji, kami rela berkorban.
Pagi tadi, anakanda Aulia' nampak smart, bergaya, dan segak aura pelajar pra-universiti dah mula menyerlah. Sayangnya, lupa nak ambil gambar, tak sempat nak selfie. Mentang-mentang la dah berdiri depan pagar sekolah menengah balik, terus hilang ingatan nak merakam kenangan.
Ramai pelajar lain turut mendaftar hari ini, tapi tiada satu pun kawan lamanya yang turut sama ke sini. Harapnya abe Aulia' pandai bawa diri, walaupun dia ni pemalu orangnya, entah-entah cuma malu depan umi dan abi je kot?
Cikgu sekolah tadi sempat berseloroh:
"Mari dulu sini pahtu tubik result upu nanti gi lah nok gi mano pun, wat kiro lah nanti."
Sekadar teman sekejap tadi, selepas itu kami pulang dan scroll fesbuk. Hati ini terusik melihat deretan berita tentang tragedi semalam yang menyayat hati — pemergian para penuntut UPSI. Tak tergambar pilunya kehilangan itu.
Al-Fatihah.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman serta beramal soleh. Semoga mereka tergolong dalam kalangan syuhada akhirat, dan semoga keluarga mereka diberi kekuatan luar biasa dalam menghadapi ujian ini.
Comments
Post a Comment