Bila sebut pasal beli barang keperluan harian, PKT (Pengkalan Kubor Trading) tetap jadi pilihan pertama Che Kak sejak dulu. Walaupun sesekali singgah juga ke tempat lain seperti Pantai Timur, Econjaya, Mydin, Econsave dan WLS, tapi entah kenapa hati tetap terpaut pada PKT.
🛒 Dari PKT ke Lotus
Sejak Che Kak bertukar kerja ke Kota Bharu, Lotus jadi tempat persinggahan sebab dekat sangat dengan pejabat. Tapi sejak PKT Mulong mula beroperasi masa bulan puasa hari tu, terus jadi port tetap lepas balik kerja. Dekat, senang parking dan boleh cuci mata kejap sebelum balik rumah.
🎁 Baucer, Diskaun & Roda Impian
Yang paling best — PKT ni ada sistem point, dan point tu boleh tebus baucer! Dah banyak kali Che Kak tebus:
Paling banyak: RM70
Paling sikit: RM50
Tak perlu pun beli jumlah tertentu untuk tebus. Hari ni pula, singgah di PKT Kok Lanas, dapat baucer percuma dan banyak diskaun. Bulan lepas pula, sempat pusing roda impian — rezeki dapat barang percuma! Seronok juga sesekali rasa macam menang cabutan bertuah.
🚗 Parking Mudah, Tak Perlu Panas Hati
Nak bandingkan dengan tempat lain, PKT menang banyak dari segi parking. Dekat dan mudah. Cuba pergi Mydin Tunjung, boleh naik angin. Nak beli barang 10 minit, tapi pusing parking 30 minit. Kadang-kadang rasa nak balik je.
🥬 Barang Segar & Kaunter Ceria
Barang-barang dapur di PKT cukup lengkap — sayur, halia, lada, bawang… semua nampak segar-segar belaka.
Adik-adik kat kaunter pun manis beraluh jah bila kecek. Tak perlu senyum macam iklan ubat gigi pun tak apa, asalkan jawab elok bila ditanya, Che Kak dah cukup puas hati.
🧂 Kedai Runcit? Maaf, Che Kak Cerewet Sikit
Kalau boleh elakkan, Che Kak memang tak gemar beli barang kat kedai runcit biasa. Bukan nak mengata, tapi barang punyalah berhabuk. Nak beli serbuk kari Adabi pun rasa macam korek pasir gunung berapi. Barang okay, tapi kebersihan pun penting, ya?
Kesimpulannya — untuk barang harian, PKT tetap pilihan hati 💚
Dekat, senang, murah, dan ada ganjaran.
Kalau ada tempat best lain, bolehlah Che Kak cuba-cuba juga. Tapi setakat ni, PKT tetap menang di hati.
Comments
Post a Comment