Sunyi Pagi Ini

Hari ini terasa sepi. Tanpa kawan makan pagi mahupun tengahari. Jiran sebelah pun takde hari ini. Biasanya che kak akan 'paw' bekal terutama cekodok pisang yang sedap namati. 



Pandai-pandai la bawa diri di ibu negeri. Beli sarapan pagi dibungkusnya nasi goreng walaupun che kak minta nasi lauk ikan keli.



Silap che kak juga sebab angguk je apabila orang kedai tanya sekali lagi. Takpelah itu sudah suratan rezeki hari ini. 


Buat kerja dengan rasa lemau sebab letih dari petang semalam tak hilang lagi. 


Nasib baik ada 'tetamu' datang dan boleh sembang-sembang tentang isu semasa dan tugas hakiki.


Makan tengahari perabih kan nasi goreng pagi tadi. Sambil  cari kopi dan roti di seven e sebab itu yang paling dekat sekali. 



Che kak nak ucapkan tahniah buat kawan-kawan yang terima anugerah APC pada hari ini.




Comments