Bila Pelajar Cemerlang Pilih Kerjaya Guru, Itu Bukan Rugi – Itu Pelaburan

Selamat hari guru buat semua yang bergelar guru. 


Jasa kalian dalam mendidik kami dan anak-anak amat kami hargai dan hanya Allah yang mampu membalas jasa cikgu-cikgu.


Che kak pernah jadi cikgu Along di Taski Abim BBB, 24 tahun yang lalu. Walaupun sementara, ianya kenangan yang sangat indah dalam hidupku.



Gelaran guru tadika juga la yang menyebabkan seorang ibu telah reject che kak jadi menantu.


Hek eleh macam la kita 'hadap' sangat anak dia tu. 😌


Rezeki nak sambung belajar di peringkat Ijazah dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling juga tidak kesampaian gara-gara mulut ibu tiriku. 


Kitonyo hati tisu. Terus bawa diri di angin nan lalu. 


Baru-baru ini che kak terdengar seorang makcik tanya pelajar cemerlang SPM, nak sambung belajar course apa nanti di U.


Makcik kata sayangnya result comel tapi nak jadi cikgu. 


Eh 'hangin' pula aku dengar kata-kata makcik itu. 


Salah ke cemerlang SPM cita-cita nak jadi cikgu. 


Nak jadi guru juga kena berilmu dan bijak supaya anak-anak terdidik menjadi manusia yang berilmu dan berguna, tak gitu? 


Tanpa guru, macamana kita nak tahu sesuatu ilmu. Mak ajar anak tujuh kali dua berapa, anak tanya apa tu? Darab, anakku. 


Nampak gaya mak kena belajar tuisyen dulu, baru boleh ajar kamu.


Anak-anak, beradablah dengan guru. Keberkatan dalam menuntut ilmu sangat dituntut kerana ilmu tiada erti tanpa restu.




Comments