Bila Redha Berganti Tuntutan

Sebelum dapat bantuan. Mampu sabar mengalahkan maulana pakai serban. 


Redha dengan perangai suami baran. Sanggup makan bercatu nasi gaul budu dari awal sampai hujung bulan. 


Ada orang kesian. Bantu lapor pada jabatan. Bercerita kisah hidup dengan air mata kesedihan.


Bagi bantuan kewangan. Supaya anak-anak terbela dan cukup makan.


Suami dalam tahanan. Bolehlah bekerja dengan aman untuk tambah pendapatan. 


Bila dapat bantuan, tiba-tiba hilang kesabaran. Baru tiga hari bulan. Terus maki hamun dalam talian. 


Marah-marah tanya kenapa duit tak masuk lagi sebab nak beli baju sekolah dan bayar yuran. 


Terpinga-pinga kami dibuat sebab tiba-tiba berubah jadi manusia takde adab dan hilang sifat keredhaan.


 Waktu cuti kami nak rehat mental, emosi dan badan.Telefon peribadi penjawat awam bukan talian perkhidmatan.


Bukan ucapan terima kasih yang kami dambakan. Cukuplah ada adab dalam berkehendak urusan. 


Susah nak bantu orang miskin minda dan takde wawasan. 


Begitulah sketsa setiap bulan. Bersabarlah dalam menyantuni kerja seharian. Tiada titik noktah masyarakat miskin dalam roda kehidupan.




Comments