Catatan Kenangan: 27 Mei 2025
Hari ini che kak rasa nak menulis. Buat kenangan hari tua nanti, sementara Allah masih pinjamkan umur dan kudrat. Tulis sekadar suka-suki, jangan ambil hati ya.
Macam biasa, pagi-pagi dah mengopi dengan bestie. Tapi hari ni bad mood betul, tukang bancuh air kedekut sangat dengan serbuk kopi. Kesian gu lawe termenung tengok air nescafe yang warnanya macam boleh pergi haji balik hari. Sudahnya, che kak pun PM tepi, minta tolong kawan belikan air lain bungkus ikat getah mati. Baru puas hati, rasa kaw namati.
Hujung bulan begini, memang rutin tetap siapkan laporan ABT. Sibuk macam mana pun, cuba juga selesaikan tugasan ikut tarikh yang diberi. Entah apa yang sibuk pun tak pasti, tapi peliknya sempat pula ke Lotus. Nasib baik la Aeon Mall belum “panggil” hati untuk singgah.
Jangan mengadu tak sempat siapkan kerja kalau sempat mengular dan layan movie. 😅 Dah macam tradisi, hujung bulan juga la baru nak hantar fail untuk dikemaskini. Nak marah? Che kak dah tak berani. Dulu garang macam singa sakit gigi, sekarang takut kulit berkedut, rugi pakai skincare mahal beli kat Watson..🫣
Namun, che kak akui, masih ada staf yang bagus hantar fail awal, SOP pun ikut. Baguslah. Jangan bertangguh, kita tak tahu apa akan jadi esok. Cuti kecemasan? MC?
Esok lusa ada bengkel audit ISO. Kami mula buat persiapan. Harap kali ini bukan sekadar aktiviti makan-makan apabila ke jajahan orang. Sebenarnya seronok bila kita faham ISO dan suka baca dokumen kualiti, apatah lagi bila ada otai macam Kak Wani.
Hari ini duty kaunter tugas hakiki juga. Cuma sebulan Dua atau tiga kali, tapi tetap ada yang culas. Malas nak tegur, masing-masing dah besar panjang. Fikir-fikirlah sendiri.
Balik lewat sikit hari ini. Solat Asar dulu walaupun hati rasa kesik sebab sunyi. Tapi kunci untuk tenang memang solat walau syaitan cuba ganggu. Mujur ada staf lain balik lambat juga, bolehlah teman che kak yang penakut ni. Takut dengar suara-suara "yang tak diundang."
Syukur, hari ini berjalan tenang. Kalau stress sebab jem, boleh layan lagu Awie, tenang sikit kepala. Sampai rumah, alhamdulillah dapat berita gembira: Abang Aiman dapat biasiswa penuh, dan pinjaman pengajian dilupuskan. Tak perlu bayar balik. Syukur Ya Allah.
Moga rezeki abang Aiman jadi pembakar semangat adik-adiknya walaupun masing-masing ada rezeki yang tertulis.
Sampai rumah lewat pun, ada rezeki nasi goreng tomyam sedap air tangan encik suami. Terima kasih daun keladi. Rezeki bukan semata wang ringgit, hati tenang itu pun nikmat paling tinggi.
Hari ini senyum dan happy macam Mickey Mouse. 🐭
Comments
Post a Comment