Tarikh hari ni cantik 25.5.2025. Alang-alang cantik che kak nak tulis cerita.
Pagi tadi macam biasa ada solat hajat dan baca Yasin berimamkan tak perasan pula siapa. Che kak tak cam suara milik jejaka mana.
Lepas tu ada tazkirah yang bertajuk, Akhlak Menyempurnakan Diri, Korban Menyuci Hati disampaikan oleh ustaz dari pejabat agama.
Sementara menanti ketibaan ustaz, kami sarapan nasi gulai ayam dan ikan, ikan kering sangat sedap krup krap, sambal pedas bak hang, acar timun, puding, kek pisang dan air sirap terlebih gula. Kalau lewat makan takut gastrik pula.
Tengah dengar tazkirah, che kak rasa macam hanyut ke lautan Filipina. Selesai dengar tazkirah, che kak pi bancuh kopi Lotus, beli sejak bulan tiga.
Biasanya ada catatan yang akan che kak kongsikan di muka buku tapi kali ni tak tahu tulis apa.
Bukan sebab tazkirah tidak menarik tapi takde 'air keroh' dan minum sirap pagi buta. 🤪
Lepas tu sambung ceramah mengenai Akta Anti Gangguan Seksual dari Jabatan Pembangunan Wanita.
Waktu rehat macam biasa. Che kak akan keluar cuci mata. Hari ini ajak jiran sebelah ke Lotus sebab che kak tahu dia suka juga.
Ada juga rezeki hari ini dapat beli minyak masak 3 peket sejak pindah tempat kerja.
Eh lapar la pula.
Tak sangka pula nasi lemak yang che kak beli di hadapan kedai roti Harold sedap sebab lemak pada nasi terasa.
Sambal juga sedap walaupun pedas asalkan jangan manis terbalik lori gula.
Sambung buat kerja pula. Sehari dua ni che kak fokus pada iso kerana baru sahaja dapat surat lantikan dan kena study semula.
Bila buat kerja yang kita suka, tak sedar dah waktu balik dan che kak jarang kerja lebih masa.
Kerja boleh sambung esok pula. Keutamaan untuk keluarga dan kita pun kesian kat cikgu transit sebab mereka pun nak balik rumah juga.
Singgah PKT Mulong sebab nak beli selipar anak yang hilang entah ke mana.
Sekian cerita hari ini untuk suka-suka sahaja.
Comments
Post a Comment