Ziarah Kasih di Bawah Hujan Rahmat: Kisah Sebuah Keluarga yang Menyentuh Hati

📅 26 Jun 2025 | Khamis

📍 Kawasan Kota Bharu

Semalam, che kak berpeluang menyertai Lawatan Kerja YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam program Ziarah Kasih ke rumah seorang klien JKM.


Terima kasih buat Suri yang sudi menemani che kak petang semalam. Walaupun hujan lebat, sanggup bersama sampai lewat. Hujan rahmat pula, bertepatan dengan malam Maal Hijrah 1447H.

Minggu lepas pula, Muslizaihan temankan che kak semasa siasatan kes walaupun bukan kawasan beliau. Terima kasih daun keladi — semoga Allah balas budi kalian.

Biasanya che kak bukan orang yang pandai berkata "tidak", lebih-lebih lagi kalau arahan datang dari pegawai atasan. Bila ditanya, “Boleh ke?” — che kak angguk sahaja, walau dalam hati ada resah juga 😅

Klien yang diziarahi merupakan seorang OKU Fizikal akibat kemalangan jalan raya. Kini tinggal bersama ibunya — ayah beliau baru sahaja meninggal dunia.

Namun, che kak sangat terinspirasi melihat:

  • Ibu yang tabah
  • Anak-anak yang berjaya dan berbudi
  • Klien yang gigih menambah pendapatan dengan kemah
OKU ini juga walaupun keupayaan fizikalnya  tidak lagi sama seperti dulu, namun beliau berusaha tambah pendapatan dengan segala ilmu dan kemahiran yang ada.  Layak benar beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada JKM.










Sementara menanti ketibaan YBhg. Datuk Dr. KSU, Suri pandai berbual-bual dengan klien. Kalau che kak memang dah mati kutu tak tahu nak berbual tentang apa. 


Biasanya che kak hanya fokus temubual untuk dapatkan maklumat bagi penyediaan laporan kes sahaja. 



Sungguh! Che kak sangat tertarik dengan keluarga ini kerana nampak sangat harmoni. 


Pemandangan kawasan rumah juga sangat tenang. Hijauan sawah padi dan kawasan rumah yang lapang dan sangat bersih. 



Walaupun dalam keadaan hujan lebat, ianya tidak menghalang kami untuk menyantuni klien bersama Datuk Dr. KSU.


Elok pula Datuk ternampak ayam bertenggek atas pokok dalam keadaan hujan semasa keluar dari rumah klien.


Kami yang berjam berada di situ takde pula ternampak ayam itu.


Sekejap sahaja program  Ziarah Kasih ini kerana azan maghrib sudah berkumandang dan tidak manis kami berlama-lama di rumah orang.






Selesai hantar Suri ke rumahnya, terus pulang ke rumah kerana rindu sudah sama 'Abang Long'.

Comments