Selama ini kita rasa sihat sebab tak pernah check up di mana-mana klinik kesihatan.
Takde rasa sakit nak pergi buat apa kan?
Lagipun nak bagitau apa kat doktor kita sakit apa walaupun selalu sakit-sakit badan.
Walhal umur dah lewat 40 an.
Sewajarnya pergilah klinik untuk pencegahan.
Mencegah penyakit lebih baik daripada rawatan.
Selalu rasa letih sehingga rasa macam malas walaupun sekadar nak goreng ikan.
Bila pergi klinik, tu diooo anemia macam tak cukup makan.
Badan besar makan sokmo bukan bermaksud kita sihat sakan.
Hidup ini nak tenang-tenang aje tambah amal ibadat buat bekalan.
Nak hidup tenang mati pun tenang tanpa sebarang gangguan.
Abaikan orang yang tak sudi nak berkawan.
Kawan ramai bukan menjamin masa depan.
Cukuplah sahabat sentiasa di sisi walaupun tak pernah like kita punya coretan.
Hargai orang yang sentiasa susah dan senang di sisi iaitu pasangan.
Kita tak mampu nak jadi ibubapa terbaik untuk anak-anak namun doa kita sentiasa ada melebihi seluas lautan.
Hargai anak-anak yang masih nak nasihat kita sebagai panduan.
Andai kata mereka telah dewasa dan mampu berdikari biarlah mereka belajar buat keputusan.
Sentiasa bersyukur dengan rezeki pekerjaan.
Tak kaya takpe asalkan cukup segala asas keperluan.
Jaga sumber halal haram kerana di situ letaknya keberkatan.
Jangan berhutang sekiranya tak mampu bayar kerana titik rendah kita sangat mengaibkan.
Jangan pandang rendah pada surirumah kerana jasa mereka tetap sama macam wanita di batasan.
Carilah ketenangan. Bagilah peluang diri sendiri untuk me time walaupun sekadar makan aiskrim sambil layan cerita Hindustan.
Pokoknya tanamkan dalam minda sentiasa bersyukur kunci kebahagiaan.
Kalau ada rasa sombong dalam diri, ingatlah bumi ini sangat kecil dalam galaksi planet ciptaan Tuhan.

Comments
Post a Comment