Cara YB Santuni Rakyat Dulu Dan Sekarang

“Puan, ado rakyat ambo ni susoh. Tok laki mati, anok kecik-kecik 8 ore. Takdok pendapatan. Puan mari la tengok kot layok buleh buwi bantuan JKM.”


“Ore tuo duk di wakaf, katanya 2 hari doh. Duk mandi di masjid, make ore buwi. Nanti kito gi tengok bakpo ore tuo duk situ.”


“Bereh YB, nanti kito gi tengok.”


Itu dulu.


YB turun padang, cakna, bercakap dengan nada hati. Bila rakyat susah wakil rakyat datang sendiri tengok, berbincang dengan pegawai jabatan dan cari jalan penyelesaian. 


Tapi sekarang?


“Mana JKM?! JKM tidur ke?! Kijoan gilo apo! Saya mewakili suara rakyat!”


Appoo…


Mudah sungguh nak tunggang isu. Nak glemer bukan begitu caranya.


Ya, boleh jadi popular tapi biarlah popular dengan cara yang buat orang bertambah hormat bukan hilang respect.


Masa ada kuasa memang orang layan. Tapi bila kuasa dah tiada nanti, agak-agak rakyat nak menyantuni kita lagi ke?


Kalau sekadar ikut cakap media sosial tanpa turun tengok sendiri, tak ke sia-sia? Turun padang sendiri dengan mata hati, bukan sekadar nak buat content.


Content boleh, tapi jangan hilang rasa kemanusiaan. 


Memang tak dapat dinafikan content penting untuk menunjukkan wakil rakyat atau sesiapa sahaja buat kerja. 


Tapi biarlah berpada. Jangan sampai orang yang dibantu rasa tidak selesa kerana bukan semua suka kisah hidupnya diviralkan untuk tontonan umum.


Kami yang bekerja di lapangan tahu betapa rumitnya menyelesaikan masalah rakyat. Kadang-kadang apa yang viral tak sama dengan realiti.


Sebagai wakil rakyat peranan bukan sekadar jadi “suara rakyat”, tapi juga mata dan telinga antara jabatan dan masyarakat. Bukan sekadar datang untuk menghukum tapi untuk memahami.


Contohnya, bila banjir besar melanda bekalan sukar sampai, jalan terputus, petugas keletihan. Datanglah bertanya apa bantuan yang perlu.


Bukan datang nak marah kami yang tengah tangan macam sotong. Tubuh barai, tapi mujur ada semangat lagi sebab amanah dan tanggungjawab.


Apa guna ada kuasa kalau tak mampu memudahkan urusan kami untuk bantu rakyat?


Dulu, ada wakil rakyat datang ke PPS cuma bawa plastik sampah pun kami hargai sebab dia turun dengan hati yang ikhlas membantu bukan dengan kamera. 


Datang untuk bantu bukan mencari salah.


YB tak payah nak sembang bab ikhlas sebab benda tu bare tok napok.


#gambarhiasan.

#gambarlama



Comments