Tadi teringat mop masih dalam baldi. Ajak abang Nan dan Aatif teman selepas solat maghrib tadi.
Kesik molek sero, macamana la abang Ahyad berani tidur sorang-sorang dalam rumah ini.
Enjoy je dia tido dan pandai-pandai la cari air sejuk dalam peti.
Nak minum kopi 3 in 1, teh dan kopi. Ada juga disediakan dan pandai la masak air sendiri.
Nak mandi pun boleh sebab ada sabun mandi dan syampu safi.
Rumah ini luas dan anak-anak kecil bebas berlari.
Gurauan mengatakan kalau bergaduh dengan Abe Long boleh bawa diri ke sini.
Tak kuasa che kak, lebih rela bermuka masyam dengan tok laki daripada lari ke sini.
Penakut tak leh bawa bincang tapi minat citer hantu maka terpaksa la tok laki temankan walaupun beliau sudah dibuai mimpi.
Jangan sesekali keluar rumah dalam keadaan marah sekali.
Bergaduh macamana pun, hadap je la cari solusi. Asalkan tiada kecederaan fizikal maka bertahanlah sehingga 'sejuk' sendiri.
Suatu ketika dahulu, kami telah santuni seorang isteri kematian suami.
Ceritanya mereka bergaduh dan suami keluar rumah bawa anak sulung bersama baju dalam plastik kerana beg tidak sempat dicari.
Entah apa yang digaduhnya sehingga merajuk si suami.
Akhirnya takdir Allah, nyawa dua beranak melayang di langgar lori.
Penyesalan sudah tiada guna lagi.
Jangan la ditiru trend artis terkini. Bergaduh je sudah tidak tinggal sebumbung lagi. Kisah rumahtangga dicanang serata tanpa rasa malu lagi.
Aduduh nak cerita pasal mop je tadi. 😅

Comments
Post a Comment