Hanya Seringgit Sahaja

Hari ini (29.10.2025) ambil cuti sebab temankan Abe Aulia' demam sejak semalam lagi.



Daftar jam 8.00 pagi. Alang-alang dah tiba di sini, che kak nak cek kesihatan juga kali ini. 


Badan rasa penat sangat walaupun sekadar nak masak nasi. 


Timbang berat badan dan cek tekanan darah takut tinggi. 


Abe Aulia' kena ambil darah dan bawa sample ke makmal serta cepat dapat result tadi.


Che kak hanya guide sahaja ke mana dan memang nak suruh dia berdikari termasuk jawab soalan doktor tadi. 


Che kak pula setia menanti nombor giliran di panggil selepas ini.


Cepat dan pantas sekali pendaftaran kerana tak susah-susah dah nak cari kad kuning macam dulu lagi.


Hanya slip kertas yang ada nama, no rujukan dan tak lupa no ic.


Itulah slip yang di bawa sehingga selesai urusan di farmasi.


Sangat menjimatkan masa dan kertas kerana semuanya online guna PC.


Urusan Abe cepat selesai selepas dapat result darah, jumpa doktor dan ambil ubat di farmasi.


Selesai urusan jam 9.30 pagi termasuk dapat mc 2 hari.


Semoga Abe Aulia' cepat sembuh dan dapat belajar kerana nak preksa STP.


Selepas che kak jumpa doktor, kena ambil sample darah hantar ke makmal lepas tu jumpa doktor sekali lagi.


Doktor kata ada tanda-tanda anemia dan rendah sangat hb.


Sample darah di hantar ke makmal HRPZII untuk keputusan yang lebih teliti.


Doktor bagi tarikh temujanji. 


Tengok ubat vitamin dah macam versi buka buku pink sekali lagi.


Eh jangan salah faham che kak tak mengandung sebab dah tua kediri.


Lepas ni bolehlah dijadikan modal penat nak masak sebab ingatkan penyakit malas selama ini. 🤪


Bayar seringgit sahaja tapi rawatan sangat berkualiti. 


Cepat atau lama menunggu tu sebab banyak urusan yang perlu diperhalusi.


Alaaa beratur panjang 20 hasta sebab nak beli makanan viral tak pula kamu bising bahkan sanggup berpanas lagi.


Balik dari Klinik Kesihatan Kok Lanas terus singgah kedai makan nasi gulai ikan keli.


Dah kenyang, balik rumah sambung tidur je la selepas up status di fb😆


Esok cuti lagi sebab ada majlis solat hajat di sekolah kak Ilah sempena exam SMU tak lama lagi.


Boleh la nak buat modal riak jadi ibu mithali di fb🤣



Comments