Intipati Tazkirah Sempena Majlis Solat Hajat SMUTIK 2025

Hari ini berkesempatan hadir ke majlis solat hajat di sekolah anak sempena peperiksaan SMU dan SPM yang bakal tiba tak lama lagi.


Selesai alunan Asma' Al Husna, doa, solat hajat, bacaan surah Yaa Sin dan disusuli dengan tazkirah oleh tok imam masjid. 



Antara intipati tazkirah beliau ialah sangat menitip beratkan tentang keberkatan ilmu.


Buat baik, jaga adab, baca Quran, solat, sedekah, dekatkan diri dengan Allah.


Tak pandai takpe asalkan ada usaha.


Pelajar yang berjaya adalah orang yang bertakwa dan jadi orang yang baik.


Nasihat buat ibubapa, anak-anak adalah ujian. Jadikan anak sebagai sahabat yang baik.


Sentiasa berusaha untuk kebaikan dan kejayaan anak-anak. 


Kesalahan ibubapa akan menyebabkan anak-anak tidak bersemangat.


Ibubapa juga perlu meminta maaf dengan anak-anak kerana kita tidak terlepas dengan salah silap.


Hargai anak-anak dan ambil tahu keadaan anak-anak.


Keburukan ibubapa akan menyebabkan kekacauan dalam pendidikan anak-anak.


Sentiasa puji anak-anak.


Nasihat untuk pelajar, kalau nak berjaya,


Antaranya ialah jaga solat fardhu dan sebaiknya solat berjemaah. Solat awal waktu. 


Mohon taubat kepada Allah. Minta maaf dengan ibubapa, guru-guru dan kawan-kawan. 


Kalau buat ibubapa kecil hati akan menyebabkan penghalang rahmat Allah.


Banyakkan doa kerana ianya merupakan senjata orang mukmin. Minta doa dengan sungguh-sungguh. 


Tinggalkan maksiat. Contohnya melihat cerita-cerita yang mendedahkan aurat. Ianya akan menggelapkan hati.


Kita sebagai pelajar sekolah Arab kena tunjuk contoh yang baik seperti tidak memakai seluar pendek.


Penyakit hati iaitu sakit ain, orang yang tak suka pada kita akan menyebabkan penyebaran aura negatif. Salah satu sebab selalu sakit.


Ilmu adalah cahaya. Jaga keberkatan ilmu dengan adab ibu bapa dan guru. Jumpa guru ucapkan terima kasih. Insya Allah berkat guru. 


Nak kejayaan semanis madu jangan tinggalkan usaha sepahit hempedu.



Comments