Che kak siapkan print laporan dan minit fail dalam bilik sepanjang hari ini.
Prinsip che kak sekarang mudah je ada fail, ada kerja, takde fail, duduk diam-diam sambil minum kopi.
Kita buat kerja bukan nak kejar pujian tapi sebab itu tanggungjawab dan amanah yang dah digariskan dalam SOP.
Penat? Rehat, burn out? Stop dulu dan tenangkan diri.
Dulu geram kalau ada kutukan dan kritikan seolah-olah mereka yang terbagus di dunia ini.
Che kak pernah terbaca satu komen 11 tahun dulu “JKM gila babi.”
Memang geram tapi nak marah pun nanti kita pula yang akan disispaakan dan tak pasal kena 'menjawab' nanti.
Jadi che kak menahan diri daripada membalas komen, namun secara tiba-tiba datang idea nak tulis "Demi Berkat Berjasa" iaitu sebuah puisi.
Sebagai Penyelaras Aduan lebih 15 tahun, che kak dah set dalam minda supaya kena tenang emosi.
Setiap aduan dibaca untuk disiasat dan disediakan laporan terperinci.
Bukan semua aduan itu sahih dan pentingnya klien-klien itu disantuni.
Penting laporan ditulis dengan lengkap kerana yang nak bacanya adalah pihak atasan termasuk Menteri.
Kalau aduan tu dah menghina dan membabikan orang serta jabatan bagi che kak itu amarah yang tidak wajar sama sekali.
Kalau ada peruntukan undang-undang dengan niat nak jatuhkan kredibiliti individu dan jabatan, rasanya wajarlah diambil tindakan supaya tidak sewenangnya orang ambil kesempatan lagi.
Gunalah saluran yang betul untuk membuat aduan atau rujuk kes yang memerlukan bantuan segera bukannya dengan cara syok sendiri.
Sekarang ni che kak ambil pendekatan tak baca dan dengar komen lagi.
Cukuplah jaga hati dan emosi sendiri. Dah tua ni malas nak layan orang negatif yang buat kita sakit hati.
Jangan tinggi oleh puji, jangan rendah oleh keji.

Comments
Post a Comment