Lempeng Kosong Penuh Nostalgia

Petang semalam, che kak masak lempeng kosong cicah susu.


Simple saja hidangannya tak perlu sukat-sukat dengan sudu. 


Entah kenapa setiap kali bau harum tepung gandum dan lempeng atas kuali, che kak teringat kenangan masa kecil dulu.


Kami makan sambil layan cerita MacGyver, combat selepas siap kerja sekolah dulu. 


Tak ada makanan mewah cuma lempeng kosong cicah gula dan sekali sekala susu. 


Tapi rasa bahagia sukar nak digambarkan kerana takde makanan pelik-pelik dulu.


Che kak tak pernah sukat bahan dengan cawan atau sudu.


Bahannya tepung gandum, air, garam sikit je kadang letak telur untuk gebu.


Kacau sampai sebati, sapu minyak masak terlebih dahulu.


Tuang bancuhan atas kuali leper dan ratakan dengan sudu.


Sekejap saja masak lempeng dan anak-anak tak lama menunggu.


Masak lempeng tak serenyah piza punya menu. 


Ciptalah kenangan dengan anak-anak kerana waktu kecil mereka cepat berlalu.



Comments