Semalam che kak tengok cerita seram Siam Attack 13.
Che kak lagi suka tengok cerita seram Thailand daripada Indonesia.
Cerita hantu Thailand ni tak perlu muka make-up huduh pun dah boleh buat kita rasa seram sejuk. Kadang-kadang muka jelita pun boleh jadi seram sebab jalan cerita dia yang betul-betul mengganggu fikiran.
Attack 13 kisah Bussaba, kapten pasukan bola tampar sekolah menengah yang terkenal sebagai pembuli.
Garang, berlagak dan suka mengawal orang lain.
Suatu hari dia ditemui mati tergantung di gimnasium. Lepas tu, satu demi satu gangguan pelik berlaku dan pasukannya mula dihantui roh dendam.
Kematian Bussaba berpunca daripada kecuaian dan kemarahannya sendiri. Jim
Dia pergi menyerang Jin, pelajar baru yang disangkanya ingin menggantikannya sebagai ketua pasukan.
Dalam keadaan marah dan cemburu, keadaan jadi tak terkawal lalu berakhir dengan tragedi.
Namun selepas kematian roh Bussaba tak tenang.
Gangguan pelik mula berlaku dan ahli pasukan satu demi satu diganggu dengan cara yang menakutkan.
Seolah-olah roh Bussaba masih mahu membalas dendam atau mungkin menuntut sesuatu yang tak selesai.
Watak Jin, pelajar baru cuba bongkar apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian Bussaba sampai terbongkar rahsia gelap pasukan mereka.
Rupanya pelajar yang pernah dibuli itulah yang menghidupkan semula roh Bussaba.
Dia buat begitu sebab rasa kehilangan walaupun Bussaba buli dia. Tapi dalam kepalanya, Bussaba lah satu-satunya “teman” yang dia ada.
Dia percaya Bussaba yang bantu dia bangkit daripada rasa rendah diri.
Sedih, sebab itulah trauma.
Tragis, kan? Akhirnya, hantu si pembuli juga yang “menang.” 🥹
Menariknya, filem ni tak hanya seram sebab hantu tapi sebab realiti sosialnya.
Ia sentuh isu buli, trauma remaja dan kegagalan guru serta ibu bapa yang buat tak tahu.
Walaupun genre seram, mesej dia tetap kuat dan menyentuh hati.
Pendek kata, Attack 13 bukan sekadar hantu menjerit tapi kisah manusia yang menyeramkan dengan cara tersendiri.
#gambarhiasan

Comments
Post a Comment