Sarapan Di Bro Din Station Ketereh

Hari ini tok laki ajok gi breakfast di Bro Din Station dekat dengan rumah kami.


Lagipun dah lama Awaatif nak pergi.


Kami makan nasi lemak kecuali Awaatif aje makan macam omputeh balik negeri.


Che kak makan nasi lemak lauk sambal kerang manakala sambal ikan aya pilihan suami. 


Nak makan roti ala kopitiam pun ada pelbagai versi roti. 


Air nescafe masih murah harganya hanya RM3 segelas mungkin serbuk indocafe.


Oh ye, nasi lemak sedap cukup rasa lemak santan bau wangi.


Sambal pun sedap tak pedas, manja anak-anak pun boleh makan tak sakit perut nanti.


Ada telur rebus, ikan bilis dan kacang goreng termasuk timun pelengkap hidangan menu tradisional ini.


Harganya bergantung pada poket sendiri. Che kak punya nasi harga RM8 cukuplah buat modal nak sambung tidur selepas ini. 





Comments