Serbuk Kepala Udang Homemade

Semalam beli udang 1 kg di kedai cabang tiga. 


Che kak asingkan kepala sebab pasti akan menjadi habuan tong sampah juga.


Sayang pula nak buang sebab kepala udang pun sedap rasanya. 


Maka datanglah kerajinan untuk buat serbuk kerana 'rajin' adalah bahan utama.


Kepala udang dibersihkan terlebih dahulu supaya tiada sisa-sisa.


Keringkan atau toskan air sehingga kering bagaikan hatimu yang kering tak reti tak bahasa.


Nak bakar dalam air fryer, oven atau sangai dalam kuali pun boleh asalkan bahagia.


Dah kering kita sejukkan seketika bagaikan hatimu yang tengah panas tengok makwe naik pelamin bersama pembantu tadbir gred dua.


Dah sejuk, kita blend halus bagaikan debu-debu kota. 


Lepas tu simpan dalam bekas kering yang dibeli di kedai Setia.


Macam-macam boleh guna dalam masakan sebab rasa umami dan nanti che kak bagitau cara guna.


Simpan dalam bekas kedap udara jauh dari kelembapan dan cahaya.


Gunakan sudu kering setiap kali ambil supaya tidak lembap nanti kulat bermaharajalela.


Jangan goreng atau tumis api terlalu kuat nanti cepat hangus dan pahit bagaikan 'abang' janji akan delete selepas rakam tapi video dah tersebar merata.




🦐 CARA GUNA SERBUK KEPALA UDANG HOMEMADE


1. Tumisan / Sambal


Gunakan ½–1 sudu besar semasa menumis bawang dan cili.


Contoh: sambal nasi lemak, sambal udang, sambal sotong.


Tip: Masukkan selepas bawang garing dan api sederhana supaya serbuk tak hangus.


2. Kuah / Sup / Kari


Larutkan 1 sudu kecil – 1 sudu besar serbuk dalam sedikit air panas sebelum dimasukkan.


Contoh: kari udang, sup tomyam, kuah mee bandung, kuah laksa.


3. Nasi Goreng / Mee Goreng / Mihun Goreng


Tambah serbuk kepala udang ketika menumis bahan asas (bawang putih, cili)


½–1 sudu kecil sudah cukup untuk 1–2 pinggan.


Rasa seperti gorengan udang segar walau tanpa udang sebenar.


4. Adunan Tepung / Cucur / Jemput-jemput


Campurkan 1–2 sudu kecil serbuk kepala udang ke dalam tepung sebelum bancuh air.


Contoh: cucur sayur, cucur udang, bebola ikan homemade.


Adunan berbau wangi dan terasa manis udang selepas digoreng.


5. Perencah Serbuk (Seasoning Mix)


Campurkan dengan garam, serbuk bawang putih dan sedikit gula.


Simpan dalam balang kaca kering.


Gunakan sebagai perasa segera seperti kentang goreng, ayam goreng.


Rasa seperti “serbuk udang perisa premium” tiada bahan tambahan tiruan.


6. Masakan Barat / Fusion


Masukkan sedikit serbuk kepala udang ke dalam:


Sos mentega (untuk butter prawn atau pasta udang)


Risotto / sup krim seafood


Sos carbonara (variasi seafood)


Memberi rasa “bisque” halus seperti sos udang restoran Barat.

Comments