Skip to main content

Movie Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules

Hari ni berkesempatan tengok Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules. Best juga tengok movie ni. Che kak memang suka cerita komedi kanak-kanak dan keluarga.

Memang gelak je dari awal sampai dekat-dekat habis. Tapi hujung-hujung tu touching pula.

Kisah tentang Greg Heffley, budak sekolah menengah yang cuba survive kehidupan sekolah dan masalah keluarga, terutama hubungan benci tapi sayang dengan abang dia, Rodrick.

Rodrick pula memang jenis remaja malas, suka menyakat Greg dan obses dengan band rock dia, Löded Diper. Watak dia memang mencuri perhatian, sarkastik, selekeh, tapi dalam masa sama nampak dia sebenarnya sayang adik dia juga.

Mak mereka pula suka menulis kisah parenting untuk surat khabar. Bila ibu bapa cuba paksa dua beradik ni jadi rapat semula, bermulalah pelbagai situasi memalukan dan kelakar.

Yang best tentang movie ni, lawaknya rasa relatable. Banyak situasi adik-beradik yang nampak real dan familiar. Humor dia sesuai untuk remaja dan orang dewasa juga.

Family movie yang ringan dan santai. Tak terlalu berat, senang nak layan bersama keluarga.

Kadang-kadang sebagai mak bapak ni, kita kena bagi anak-anak melalui sendiri zaman kanak-kanak dan remaja mereka, terutama tentang hubungan adik-beradik dan minat masing-masing.

Walaupun jalan cerita agak simple dan boleh dijangka, tapi tetap seronok ditonton. Kalau tak minat humor cringe atau awkward comedy mungkin rasa biasa saja, tapi che kak memang gelak mengekek tengok movie ni.

Kalau suka movie santai, lucu dan ada vibe kehidupan sekolah serta hubungan adik-beradik, memang fun untuk ditonton. Tak hairanlah ramai anggap Rodrick sebagai watak paling iconic dalam seluruh siri ni.


Antara pengajaran yang che kak dapat daripada movie ni:

1. Hubungan adik-beradik perlukan usaha. Greg dan Rodrick selalu bergaduh, tapi hubungan keluarga takkan jadi rapat sendiri tanpa toleransi, komunikasi dan usaha daripada kedua-dua pihak.

2. Jangan nilai orang dari luaran sahaja. Rodrick nampak kasar dan malas tapi sebenarnya dia juga ada sisi bertanggungjawab dan ambil berat tentang keluarga.

3. Tindakan ada akibat. Greg selalu cuba cover masalah atau menipu untuk selamatkan diri, tapi akhirnya keadaan jadi lebih teruk.

4. Keluarga tetap penting walaupun kadang menyusahkan. Walau banyak konflik, akhirnya mereka tetap bersatu sebagai keluarga.

5. Tanggungjawab dan keseronokan perlu seimbang. Bukan hiburan semata-mata, tapi hidup juga perlukan komitmen dan tanggungjawab.

Overall, Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules memang sebuah family movie yang santai, kelakar dan ada mesej yang baik.

Comments