Hari ini ulangtahun suami che kak yang ke-48.
Semoga suami che kak sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah.
Tak tahu nak tulis apa kali ni. Rasa macam ulang ucapan yang sama setiap tahun.
Tapi bila dikenang kembali terlalu banyak perkara tentang beliau yang buat hati ini bersyukur.
Teringat suatu ketika di awal perkahwinan kami.
Beliau pernah kata, dalam hati abang, umi tetap nombor satu. Setiap tahun abang mahu beraya di rumah umi dulu.
Che kak turutkan saja, sebab tahu beliau membalas lebih daripada itu.
Begitu juga masa awal-awal kahwin dulu.
Che kak terkejut bila tengok beliau menangis selepas menjawab panggilan telefon daripada adiknya.
“Kenapa bang?” Risau juga dibuatnya. Ingatkan ada kematian.
Dalam tersedu-sedu beliau bercakap, adiknya yang sedang belajar tiada duit untuk beli makanan.
Dulu mana ada online banking. Bukan semua bank ada mesin deposit pula tu.
Pernah juga che kak tanya,
“Abang saye saya dop?”
Beliau jawab, “Tok soh duk tanyo soale bodo. Kalu abang tok saye, lamo doh abang tohok awok dale tong sapoh.”
Itulah sosok si Arman.
Tak pandai meluah kasih sayang dengan kata-kata, tapi hatinya penuh kasih untuk orang yang dia sayang.
Selamat ulangtahun suamiku.
Semoga Allah sentiasa pelihara suamiku, diberi kesihatan yang baik, hati yang tenang dan umur yang diberkati.
Terima kasih kerana menjadi tempat kami berteduh selama ini.

Comments
Post a Comment