Skip to main content

Posts

Perut Kenyang, Hati Riang

Perut Kenyang, Hati Riang – Coretan 2 Syawal 1443H (3.5.2022) Pagi-pagi lagi, suami ajak keluar beraya ke rumah che (neneknya) di Pasir Mas. Rindu benar katanya. Nak pergi semalam, tapi tak sanggup nak hadap jem raya. Jadi kami keluar awal pagi, lalu ikut jalan kampung alhamdulillah, lega sikit sebab dapat elak jem. Sampai je di rumah che, terus che kata Ayoh Ngoh masak ikan aya gulai kuning. Fuyyooo! Terus terbayang kesedapan dan kelazatan gulai tu. Che kak memang pernah merasa air tangan Ayoh Ngoh sebelum ni, memang tak boleh lepaskan peluang. Dan ya, gulai tu memang sedap bak hang! Ziarah dan Kenangan Lepas kenyang menjamu selera, kami sambung beraya ke rumah mak sedara suami. Mak sedara kesayangan yang banyak berjasa masa che kak duduk di Pasir Mas dulu. Rasa syukur masih berkesempatan bertemu dan beraya bersama insan-insan istimewa. Seterusnya, kami ke rumah adik bongsu di Tumpat. Haa yang ni, jem betul! Tapi tak apa, redah juga sebab dah lama tak berkumpul. Kat situ pula, che kak...

KENANGAN AIDILFITRI 1 SYAWAL 1443H SELEPAS 2 TAHUN PKP

 Alhamdulillah kenyang. Makan nasi lauk ayam goreng kunyit cicah budu, tomato wat ulam. Oooo sedap sedap. Jarum timbang sah sah akan bergerak ke kanan balik.🤪 Tadi makan macam-macam kat rumah ma. Tumpang rezeki orang beraya. Nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, sate kuah kacang, nasi himpit, ketupat, rendang special, biskut raya. Erkkk alhamdulillah. Nasib baik ada chef-chef kat rumah ma. Kalau harap kat che kak yang masak, memang tak de menu raya la jawabnya,🤪. Kat rumah mentua pun nasib baik ada chef juga. Adik ipar che kak semuanya pandai masak. Che kak memang jadi mati kutu bab masak kalau bukan dapur che kak sendiri.  Dapur sendiri pun dah ada tanda-tanda bakal chef tersohor nanti. Tengah asuh la ni untuk kesenangan masa depan che kak🤪. Selepas beraya dengan mentua dan ipar duai, terus ke rumah ma pula.  Pening kepala duk hadap jem. Petang ni malas pula nak g jalan-jalan raya. Dia punye jem tu, tak sanggup wei. So, duk kat rumah je dulu. Layan mata dulu.😂...

KENANGAN PENGUMUMAN RAYA AIDILFITRI 1443H

 Mesti macam-macam pengalaman korang kan bila tiba-tiba diumumkan raya esok. Bila ada ura-ura persoalan sama ada raya jatuh pada 2hb atau 3hb, che kak standby je la. Raya akan tetap dirai dengan cara tersendiri. Malas nak pikir raya bila. Serah saja pada badan berautoriti untuk menentukan bila raya. Hidup perlu diteruskan. Hari ni kemas rumah siap-siap. Setakat kemas macam biasa je la. Tak de la tukar langsir baru ke apa ke. Sekadar sapu sampah, mop, cuci bilik air, lipat kain baju. Che kak tak suka tinggal rumah dalam keadaan bersepah.  Beli barang basah awal-awal  wat stok sebab dah agak ayam, daging mesti akan cepat habis.  Bagus juga bila ada peniaga hadkan ayam 2 ekor sorang je boleh beli supaya semua dapat beli. Kadang-kadang geram juga bila orang lain penat beratur panjang-panjang, eh eh ada makcik tiba-tiba potong line.  Baju raya pun letak dalam beg siap-siap.   Takde la kalut sangat. Beli awal-awal sebab kot nye takde saiz, jenuh la mencari b...

Takdir Allah Itu Indah – Walau Kita Tak Faham Ketika Itu

  “Untukmu, Abang Aiman – Dari Seorang Umi Yang Pernah Terluka Dalam Diam” "Umi… kenapa umi tinggalkan Aiman dulu?" Soalan itu, Abang Aiman tanya waktu usianya menginjak remaja. Tapi soalan itu juga, umi tak mampu jawab secara terus. Bukan sebab umi tak tahu, tapi kerana jawapannya ada luka yang masih belum sembuh sepenuhnya dalam hati umi . Hari ini, Aiman dah 18 tahun. Tak lama lagi nak duduki SPM. Umi tengok Aiman membesar di depan mata kini, tapi hakikatnya… waktu paling mahal dalam hidup Aiman dulu, umi dan abi pernah terlepas pandang. Waktu Itu... Umi dan Abi Masih Naif Dulu, umi dan abi hidup berjauhan. Abi di Melaka, umi di KL. PJJ – Perkahwinan Jarak Jauh – bukan perkara mudah untuk pasangan muda yang serba kekurangan dan baru bertatih dalam alam rumah tangga. Tokmi tak bagi Aiman dibawa bersama ke Melaka masa pantang dulu. Katanya, siapa nak jaga? Umi dan abi sibuk bekerja. Tokmi, abatok, adik-beradik ipar umi – mereka semua sangat baik, sangat penyayang. Mer...

Catatan: Long COVID, Long Journey

30 Ogos 2021:  Syukur Selepas Badai Semalam che kak layan movie perang, kemaruk betul sebab baru dapat tengok TV selepas berkurung lebih dua minggu. 😂 Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat, masih lagi dapat bernafas dan bersama keluarga tersayang. Nikmat yang tak terungkap dengan kata. Terus terang, dua minggu tu emosi memang koyak rabak. Tapi che kak gagahkan juga hati sebab ada sokongan moral yang sangat kuat dari keluarga dan kawan-kawan yang tak pernah jemu bagi semangat. Mana tak koyak, che kak ada sejarah sakit jantung. Hari-hari buka Facebook, ada je berita sedih orang meninggal sebab COVID-19. Itu yang che kak jauhkan diri sikit dari media sosial waktu tu. Tak nak tambah beban emosi yang memang dah berat. InsyaAllah nanti bila che kak rajin, che kak nak tulis dan kongsi sepenuhnya pengalaman ni. Bukan sekadar cerita, tapi sebagai kenangan hidup yang cukup berharga. Semoga bermanfaat untuk orang lain, dan jadi peringatan untuk diri sendiri juga betapa bernilainya setiap ...

Catatan Tambahan: Hari Biasa, Hati Luar Biasa

  01 September 2021 Hari ni che kak masuk kerja macam biasa. Tak sempat nak "ting tong" sangat sebab kerja memang tengah menimbun. Kebetulan ada kursus online pula yang perlu dihadiri. Dalam masa yang sama, kena siapkan baucar bayaran, laporan bulanan, dan rutin kerja awal bulan. Pendek kata pagi sampai petang memang padat. Badan pun terasa tak berapa sihat sangat hari ni. Selama ni aircond pejabat tak rasa pun sejuk dia. Tapi entah kenapa hari ni, terasa sejuk sampai ke tulang. Che kak buka tingkap, bagi angin luar masuk barulah lega sikit. Tengah sibuk-sibuk tu, hati berbunga-bunga bila dapat makan keropok dan kuih… alah, lupa pula nama kuih tu. Tapi memang kebetulan terasa nak makan benda tu sejak pagi. Allah bagi rezeki terus naik semangat. Balik rumah, Abang Afnan request ayam masak sambal. Ha, senang kerja! Tak payah fikir panjang nak masak apa. Bila anak minta, kita masak je dengan hati yang ikhlas. Itulah bahagian kecil dari menghargai orang yang kita sayang selagi ma...

Siri 11: Penangan Long COVID

Hari ni dah hampir 6 minggu sejak che kak dijangkiti virus corona. Alhamdulillah, che kak semakin sembuh walaupun disahkan bergejala tahap 2. Tapi rupanya, perjuangan belum tamat. Che kak kena hadap juga long COVID. Hari pertama masuk kerja lepas kuarantin, che kak terpaksa lawan penat – fizikal dan emosi. Waktu tu sibuk sangat dengan proses bayaran bantuan, dan ada pula taklimat penting di Google Meet. Kepala pening, badan lesu, hati pula rasa kosong. Nak sembang dengan kawan pejabat pun tak larat. Hanya mampu duduk diam dan fokus yang mana perlu je. Letih luar biasa. Menyapu sampah pun rasa macam baru angkat tong gas. Walaupun semangat tu ada nak buat kerja rumah, tenaga pula tak membantu. Dulu kalau penat pun, kalau dapat sopim kat kedai Eco, automatik hilang lesu. Tapi kali ni, pegang bekas plastik pun rasa berat ya amat. Simptom-simptom long COVID yang che kak rasa: Masih ada kahak dan hingus (on-off) Sakit bahu dan belakang yang pelik Rasa berdebar tanpa sebab – macam nampak kon ...

Siri 10: Syukur di PKRC

Che kak bersyukur sangat sebab PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19) ni tak bercampur lelaki. Dapatlah berehat dengan tenang, tak rasa rimas atau tak selesa. Setiap hari, che kak hanya mampu tengok pesakit lain – ada yang dah boleh balik, dan tak kurang juga yang baru masuk. Hidup silih berganti. Jiran sebelah che kak pun dah lebih 10 hari kat sini, tapi masih belum boleh balik sebab masih batuk-batuk. Tapi batuk manja je pun, ala-ala gittew gitu. 😅 Tapi bila tiba masa jiran tu dibenarkan balik keesokannya, hati che kak terus rasa sayu. Jiran kiri kanan dah tak ada. Rasa kosong, sebak… macam ada ruang yang tiba-tiba sunyi. Dan bila akhirnya giliran che kak pula untuk balik, ya Allah… seronoknya bukan main! Tak sabar nak jejak rumah sendiri. Tapi sebelum keluar dari pagar PKRC, kena catat nama dan nombor telefon dulu dalam buku log petugas RELA. Balik rumah pun masih tak bebas sepenuhnya. Kena teruskan kuarantin, pakai mask, dan asingkan diri dari ahli keluarga. Tambahan pula che...

Siri 9 – Antara Teksi, Kereta Jenazah dan Kerinduan

Che kak ingat lagi perbualan dengan suami setiap kali sembang pasal kereta idaman… Che kak:  “Entah le. Asal boleh gerak gi kerja, siasat kes bantuan, singgah Eco Shop, tak rosak — dah cukup.” Suami pun geleng kepala sambil menyakat: "Awok ni molek bawa keto jenazah. Tak dok jiwo langsung ke keto?" 😂😂 Tapi masa duduk termenung kat PKRC, terpikir juga... "Balik nanti, naik kereta jenazah ke... atau balik naik teksi?" 😢 Seriau wehh. Sebab ada pesakit yang tiba-tiba sesak nafas, kena hantar ke hospital. Masa tu memang fikir: 🩺 Sama ada sembuh... 🛏️ Atau bertambah teruk... Semua tu di luar kawalan kita. Bergantung kepada izin Allah dan tahap kesihatan. Lepas tu, viral pula kisah pesakit marah-marah KKM sebab tak hantar balik rumah lepas sembuh. Aduh, kesiannya kat driver KKM tu. Datang jemput siang malam, tengah risiko tinggi, lepas tu kena marah pula... Mereka pun manusia, bukan robot. 😔 Che kak pula masa tu tak pasti macam mana nak balik. Cadang nak balik naik ...

Siri 8 – Cerita di PKRC: Di Sebalik Wajah Ceria Penghuni

Dari luar, penghuni PKRC nampak ceria, berborak, gelak tawa, macam tak sakit pun. Tapi bila tengok lebih dekat,  che kak perasan  setiap orang bawa beban yang berbeza. Che kak pula jenis lebih suka menyendiri.  Bukan sombong, tapi  inilah masa untuk berehat, rawat diri, jaga emosi. Sekali sekala berborak juga, tapi tak selalu. Che kak memang elak cerita politik sebab buat hati panas.  Cerita artis tak minat langsung. Kalau che kak buka bicara,  selalunya gaya temubual klien: 📍 Nama? 📍 Tinggal mana? 📍 Kerja apa? 📍 Ada berapa orang anak? Lepas tu? Mati kutu tak tau nak sembang apa dah 😅 Jiran katil sebelah pun awalnya che kak tak berbual  sebab dia nampak tak sihat.  Bila dah sihat sikit, baru che kak tegur sapa. Makcik tu sedih sebab tak ada telefon nak call anak-anak.  Anak pun tak tahu keadaan mak dia. Che kak pun hulur telefon,  biar makcik tu dapat dengar suara anak-anak. Masa tu  gembira tak terkata. N ampak betapa besarnya...